Wednesday 6 April 2016

Anda Stress? Tak Ada Mood? Temui Jalan Pintas dan Mudah untuk Kembali Ceria.

Kajian oleh Regus Menunjukkan 6 Daripada 10 Rakyat Malaysia Mengalami Stress - Kadar yang Lebih Tinggi Berbanding Purata Global.

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Ceria,

Nama saya Hurun'iin binti Abdul Malik atau ringkasnya Ain. Bersama dengan suami saya, Mohd Izzat bin Mohd Nizam, kami adalah pemilik syarikat Ain's Food Network.

Kepakaran syarikat kami adalah membantu para penggemar pencuci mulut (dessert) berasaskan coklat serta golongan eksekutif yang mengalami stress untuk menenangkan perasaan, menaikkan mood, dan merasai perasaan bahagia seakan jatuh cinta kali pertama dengan keunikan dan keenakan rasa Ain's Dark Chocolate Fudgy Brownie Bites sebaik sahaja ia cair di dalam mulut.

Kepakaran kami juga adalah membantu mereka yang mengambil berat untuk menambah keceriaan di hati dan mengukir senyuman di wajah keluarga dan sahabat yang tersayang dengan menghadiahkan kenikmatan Ain's Dark Chocolate Fudgy Brownie Bites lantas membuat mereka rasa begitu istimewa, dihargai dan diingati.

Masalahnya adalah pada hari ini, akibat keadaan ekonomi yang tidak menentu dan kesibukan manusia mengejar cita cita, ramai yang dilanda masalah stress dan tekanan jiwa. Mood yang merudum mampu menjejaskan hubungan suami isteri dan merenggangkan silaturrahim antara ahli keluarga. Untuk melupakan masalah yang dihadapi, ada di antara mereka yang memilih jalan pintas dengan mengambil pil tidur, rokok, minuman keras, atau dadah. Apabila kemurungan berterusan, ianya juga mampu mengundang pelbagai masalah kesihatan. Mengapakah kita perlu ambil bahan berbahaya sedangkan ada "ubat penenang" semulajadi yang sedap lagi halal? Makanan berasaskan coklat seperti brownies menepati ciri-ciri "ubat penenang" yang kami maksudkan. Kandungan coklat di dalam brownies mengandungi tryptophan yang menyebabkan rembesan sejenis neurotransmitter bernama serotonin ke dalam sel sel otak yang dapat menaikkan mood (mood lifter).

Tentu sekali, ramai rakyat Malaysia telah mula mengenali brownies dan pernah merasainya. Namun, masalahnya adalah sukar untuk kita mendapatkan rasa brownies yang berkualiti tinggi - yang lengkap dengan sifat kenyal (chewy), penuh rasa coklat (fudgy), dan mempunyai ciri-ciri kombinasi antara biskut lembut (soft cookie) dan kek (cakey) dalam waktu yang sama. Apabila brownie tidak disediakan dengan cara yang baik, ramai akhirnya tidak menyukai brownies kerana tidak diberikan peluang untuk faham dan kenal rasa sebenar brownies yang mendamaikan. Kebanyakan brownies di pasaran adalah samaada terlalu manis, rasa seperti kek coklat biasa, atau seperti kek yang terlebih padat serta kurang masak sehingga timbul rasa terpaksa untuk menghabiskannya. Sebelum menjumpai resepi yang kami guna pakai pada hari ini, kami sendiri dahulunya bukanlah penggemar brownies nombor satu kerana telah turut sama mengalami masalah ini.

Bukan setakat itu, brownies yang kita kenali biasanya hanya didatangkan pada saiz yang besar (i.e. whole cake). Saiz brownie yang besar kerap kali menyebabkan pembaziran iaitu amalan yang berdosa dan pengambilan kandungan gula secara tidak terkawal yang boleh membawa kepada penyakit diabetes. Kalau ada pun, brownies potongan kecil hanya boleh didapati di kafe-kafe mewah di bandar besar dengan harga yang mahal. Akibatnya, ramai tidak dapat menikmati brownies pada bila-bila masa, tetapi hanya pada majlis-majlis dan hari keramaian sahaja.

Brownies dengan sifatnya yang boleh membantu kita berasa lebih tenang melalui kandungan coklatnya yang tinggi juga amat sesuai dijadikan hadiah kepada diri sendiri bagi meraikan pencapaian harian yang seringkali kita anggap kurang penting. Bilakah kali terakhir kita memberi penghargaan kepada diri sendiri? Kita mungkin tidak sedar, walau sekecil mana pun sesuatu pencapaian itu, ia berhak untuk diraikan.

Ain's Food Network dengan ini menawarkan brownie bites yang bukan saja kaya dengan dark chocolate, mempunyai gabungan rasa 'chewy' soft cookie dan kelembutan kek, malah juga kurang manis. Ia adalah 'guilt-free dessert' - sesuai bagi mereka yang menjaga pengambilan kalori kerana saiz hidangannya yang kecil dan comel (bite size). Ia tidak perlu dipotong, tidak memerlukan sudu, mudah dipegang dan boleh terus dimakan. Sesuai untuk dikongsi bersama keluarga tersayang. Tanpa disedari, anda tersenyum lebar sepantas gigitan pertama - hasil kenikmatan tekstur rasa brownies yang unik lagi mampu mencairkan hati. Inilah kelebihan Ain's Dark Chocolate Fudgy Brownie Bites.

Dengan harga yang menjimatkan dan pek kecil yang mudah dibawa, kami percaya setiap orang mampu bahagia pada bila-bila masa dan di mana jua. Ia pastinya pilihan yang terbaik. Dah tentu anda tak mahu beri yang biasa-biasa kepada diri anda dan orang yang luar biasa di hati anda, bukan?

Nah, sekarang tentu anda berfikir - bagaimana nak dapatkan produk ini? Tuan/Puan boleh melawat kami di laman Facebook kami (FB Page Ain's Brownie Bites) atau Call/Whatsapp kami (Ain) terus di +6012 969 6050 untuk respon pantas.

No comments:

Post a Comment